Saturday, July 2, 2011

abang


Sebenarnya kerana dalam banyak manusia bernama keluarga, dia yang paling mengerti. Dia yang paling dekat di hati. Jadi bila aku kucup dahi dia berulang kali, dan hafal raut wajahnya dia semasa di wad lagi, dan menangis tersendu sendiri, aku mohon kau fahami. Aku dah tak ada tali bergantung lagi. Aku dah tak ada orang untuk mengadu lagi. Abang dah pergi. 

Kasihan aku pada si isteri mungkin tak sebesar mana berbanding takdir yang telah kau lukis dan kau tulis. Jadi Tuhan, aku mohon kau berikanlah kekuatan, kau beri kami ketabahan, kau beri kami keampunan dan kesayangan. Kau masukkan lah abang di tempat yang mulia di sisimu, kasihanilah dia di sana ya Rabbi..


Hospital Besar Melaka,
30 Jun 2011,
5.30 pagi.

0 comments:

Post a Comment

yang perlu kau tahu;

aku perempuan yang value privacy the most. kenali aku dengan nama nad, and that is that.kiranya ruang ini adalah dunia kecil aku, jadi aku mohon kau jauh bila tak suka kerana kau datang tak aku paksa. aku sedang lari dari realiti, mencatat setiap sisi gelap diri.kebenaran?belum pasti.jadi jangan jadi seperti si arnab bodoh yang comel,tapi sayang ada otak tak diguna.

:)