Selalunya, dia ada perangai ya allah sangat annoying di mana dia akan panggil kau tak henti-henti. Tapi takleh nak marah sebab kelakar nak mati. Dengan aku, dia panggil
‘ adik, adik, oooooooooohhh adik. Adik, adik, ooooooohhh adik.’
Berlagu-lagu.
Berulang-ulang.
And yes, I am annoyed, tapi kelakar, tapi kelakar sangat, jadi most of the time, kami gelak.
Aku intern ni, pagi-pagi dia akan ketuk pintu ktang ktung tang tung tak henti. Selagi aku tak bangun bukak pintu, selagi tu dia ketuk. Selagi aku tak bangun tunjuk muka bukak api, selagi tu lah dia berdiri depan pintu ketuk, ketuk, dan lagi.
Sekarang, hari-hari aku terbangun pukul 3 pagi, kononnya dengar dia ketuk pintu lagi.
Aku akan bangun pukul 6. Mandi, solat, kemas beg, siap. Buat neskafe sambil tunggu isteri dia siap. Kadang kalau dia tak lambat, dia hantar. Selalunya, isteri dia. Kakak siap lambat, mengandung, fahamlah. Jadi aku akan baring di sofa, tarik selimut dari bilik, tarik bear, dan tidur. Dengan tudung segala, layan aja. Heh. Hari-hari, kerjanya dia, akan tolak-tolak badan aku, tarik-tarik baju aku, suruh bangun. Kalau tak pun, kelatu-kelatu kepala aku.
Sekarang ni, aku nak duduk luar pun, aku elakkan. Sebab aku Nampak dia merata-rata. Sebab kalau boleh, aku tak mahu ingat pun. Ye aku kejam, walau doa aku tak putus untuk dia, tapi setiap kali aku teringat aja, air mata meleleh. Apa nak buat?
Dia jenis, tidurnya tak suka pakai baju. Rumah kami panas, jadi dia akan tidur luar. Hujung minggu atau bila aku mahu, aku akan tidur ruang tamu jugak. Aku atas sofa, dia atas lantai. Jadi apa perlu aku buat bila aku baring aja, aku Nampak dia sedang tidur pulas atas lantai? Sedang bacakan doa makan? Sedang buat kerja dia? Sedang baring sambil tengok tv? Atau duduk di atas sofa, sambil lelapkan mata?
Ini jalan terakhir. Elakkan, jauhkan.
Sebenarnya, aku tahu apa yang ada dalam hati kecil aku. Aku takut. Aku pengecut. Tak mahu terima kenyataan even dah ulang pada diri, redha, redha, redha. Dalam 2 minggu terawal ni, aku memang kurang ke dapur. Sebab tak suka seorang kot.
Dia jenis tak berkira. Ringan tulang. Serius, bukan aku nak memuji, tapi itulah hakikat. Waktu dia meninggal, lampu Kalimantan pun si lelaki-lelaki yang ada payah nak siapkan, nak settlekan. Sedang Nampak aku, benda macam tu bagi dia, kacang aja. Kalau makan pulak, dia selalu masak. Mula-mula, aku ingatkan sebab isteri dia mengandung, so dia rajinlah masak. Tapi kadang bila aku fikir dalam-dalam, aku rasa Tuhan memang dah tetapkan itulah waktu-waktu terakhir dia, jadi Tuhan buka hati dia, masak untuk kami.
Dan hey, dia masak tak sedap mana pun. Lauk tak ada apa pun. Sardine masak sambal, bubur kelakau gila, tapi sedap. Dan benda tulah yang buatkan aku menangis macam orang gila malam-malam bila kakak kata,
‘ lepas ni dah tak ada orang nak buatkan bubur untuk kita’
Sambil pegang tangan aku, dan usap.
Sakit ya allah, sakit.
Malam semalam, lepas bacakan al-quran untuk dia, aku lepak di bilik lah sambil tunggu maghrib. Ye, aku balik kerja memang duduk bilik. Aku tak suka duduk seorang di tempat yang luas dalam rumah ni, aku sesak. Dan aku bau dia, wangi. Dan aku tahu itu dia.
Allah..
Dan air mata aku jatuh tak henti. Tak boleh nak henti. Tiba-tiba aku nampal dia bukak mata dalam wad, waktu aku pegang tangan dia sambil bacakan al-fatihah berulang kali, dan dia angguk bila abang suruh dia kuatkan semangat. Sunggunglah aku tak seredha yang aku sangka. Dan aku Nampak dia waktu pagi terakhir dia di wad, di bilik mayat, waktu abang menangis pilu sambil bacakan yasin, dan terduduk di lantai. Aku tak sekuat mana.
And everything is starting to come back.
How he always annoyed me, how he always comfort me, and how he always be there untuk aku.
Aku tak tulis semua ni untuk aku jaja cerita family aku. yang abang aku dibuat orang, yang abang aku paling baik di dunia, yang aku sangat sayangkan dia, yang semua. Tapi semata untuk ingatan, supaya bila aku pandang belakang aku, aku tak menangis lagi. Supaya bila aku kenang semua yang pernah kami sekeluarga lalui, aku boleh senyum dan tak emosi.
Tiada siapa yang dating ke blog aku ni, diundang. Kau datang bila kau mahu, dan kau akan pergi bila suka mu. Dan tinggalkan apa yang dah kau baca, seadanya. Itu keputusan aku. Aku mohon, kau fahamilah si perempuan yang adik beradiknya ramai, tapi rapatnya Cuma yang ini. Yang boleh bertepuk tampar, yang boleh kau menangis dengan dia, yang boleh dengar celoteh tak henti kau. tolonglah jangan mengadili.
Aku sedang berusaha keras untuk senyum hari-hari.
Tuhan aku mohon, beri kekuatan.
Aku bukan dari batu. jangan biar aku berderai pecah.
0 comments:
Post a Comment